teka apa?..
hah.. ni yang aku exited nak cerita neh...
tentang apa?..
tentang filem Tanda Putera yang dah pun ditayangkan pada 29 August lepas..
kenapa?..
hah! dengar eh.. sebab cerita ni dah pun membuatkan aku terjatuh cinta dengan wataknya yang dilakonkan semula oleh Zizan Nin sebagai Tun Dr. Ismail...
apa keistimewaannya?..
Cerita yang bekisar tentang kemelut 13 Mei yang di sebut atau dengan ayat mudah ianya dikenali sebagai 'RUSUHAN KAUM'.. eh.. ye ke?.. ye la.. apabila ada rasa tidak puas hati atau rasa tidak selesa dan yang sekutu dengannya... maka ianya sekaligus membiakkan rasa benci pada sesuatu kaum tersebut.. tapi bila difikirkan balik.. rasa ni semua tak wujud melainkan ada orang lain yang mencucuk.. tang sini.. tang sini.. tang sini... mana tak membara rasa geram dan benci...
okay..okay.. aku just nak cerita semula.. kenapa aku jatuh cinta dengan watak tu..
pertama..
sebab watak tu.. sanggup sembunyikan rasa sakit dia untuk melihat orang lain tersenyum.. dan.. ketegasan dalam jiwa dia benar-benar kelihatan dalam reaksi raut wajah serta pergerakkannya.. dia berjaya menghasilkan satu watak yang dikagumi.. keakraban persahabatannya dengan Tun abd Razak menyebabkan dia sanggup membuat apa sahaja untuk Tun.. antaranya.. dia memberikan perkhidmatan doktor persendiriannya untuk Tun.. dan dia merahsiakan sakitnya walaupun dia tahu bahawa ajalnya akan datang lebih awal daripada Tun..
kedua...
tentang cerita ni..
keseluruhan cerita.. baik.. sebab apa yang aku dengar tentang peristiwa ni semuanya ada kecuali bab-bab atau sebahagian watak yang dihidupkan... aku tak pasti sangat.. tapi aku percaya.. masa rusuhan kaum tu berlaku nenek aku berada dalam situasi tu... kawasan perumahan pulak bercampur dengan kawasan orang cina tapi tanah yang diorang duduk tu tanah atuk aku.. so.. diorang takut kat keluarga aku... dan keluarga aku pulak takut kat diorang... macam mana ni... jadi kesimpulannya.. atuk aku ambik keputusan untuk mengawal kesemuanya sekali.. melayu, cina dan india yang ada dalam kawasan tu.. diorang ambik kata sepakat supaya xde yang ceroboh masuk tanah atuk aku kat area Klang...
ade lagi 1..
masa aku tengok filem Tanda Putera 31 ogos tu.. aku nak sangat tengok scene yang tun Abd Razak naik helikopter.. bercakap gune pambesar suara.. sambil lemparkan helaian kertas supaya rakyat semua bersatu.. saat tu semua pandang langit.. ni nenek aku cerita kat aku... tapi scene tu x de.. dan dalam cerita Tanda Putera tu just tunjukkan Tun Abd Razak bergerak aktif kat urusan dalam sahaja.. sedangkan Tun bergerak aktif masa rusuhan kaum tu.. memang solute la... dengar cerita tu aku memang dapat rasa kesusahan pemimpin waktu tu.. memeang tulus la nak tadbir negara.. siap boleh risau negara dari nyawa dia sendiri.. bayangkan lah...
yang ni pun sama...
bab yang pangung kena bakar.. tu kat area Kuala Lumpur dimana orang cina bakar panggung yang dipenuhi orang melayu.. dan perkara yang sama berlaku kat area Kuala Selangor dimana panggung dipenuhi parang.. kat sini orang melayu pulak balas dendam.. bunuh semua orang cina yang ada dalam panggung tu.. sakit hati sebab apa?..
satu iktibar.. hargai orang disekeliling kita... aku takut sangat kalau kejadian ni berulang.. cuma cerit ni tak adelah memihak kat mana-mana kaum.. just nak kita semua bersatu.. jangan dengar anasir luar.. sama-sama membangun untuk masa depan kita sendiri.. demokrasi?.. bagaimana nak tahu negara ni betul2 demokrasi?.. Allah sahaja yang tahu.. semoga Allah beri petunjuk di masa sekarang..
bab2 perang ni dah buat jantung aku berdebar sebab ianya petanda akhir zaman.. tamatnya perang... maka.. bakal berlakunya kiamat.. jadi.. sekeliling aku semuanya penuh dengan aksi bunuh-membunuh.. Ya Allah.. lindungi kami di bawah lembahyung rahmatmu.. amin...
:: pada yang tak tengok lagi cerita tu.. pergilah...
:: aku ok je.. suka gak tahu pasal bab politik dan isu semasa + sejarah..
:: ramai yang kaitkan dengan sejarah dan politik.. kalau nak tahu ianya berpihak kat mana.. tengok la.. nilaikan sendiri.. lain orang lain caranya..
::lurv Tun Dr Ismail.. Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment